Apa Kaitan Penyakit Sendi Lutut Dengan Obesiti?


Osteoarthritis merupakan kumpulan penyakit sendi yang paling kerap menjadi punca gangguan sendi yang merupakan antara masalah kesihatan utama seluruh dunia. Kajian epidemiologi Amerika Syarikat dengan menggunakan penilaian radiologik mendapati 80% golongan lelaki dan wanita pada usia pertengahan (55 tahun) menunjukkan tanda-tanda Osteoarthritis.
Masalah penyakit sendi ini terutama sendi tangan serta sendi penahan bebanan seperti lutut, semakin meningkat seiring dengan pertambahan usia seseorang.

Pelbagai kaitan yang mengaitkan masalah kegemukan dengan penyakit Osteoarthritis (OA) lutut, iaitu berat badan yang berlebihan (obes) banyak menjadi faktor yang mempengaruhi pengidap OA.

Pada sendi lutut, kesan lebih buruk menjadi 4-5 kali ganda lebih besar terdapat kerosakan pada struktur tulang rawan sendi lutut mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Kajian lain daripada pemerhati kesihatan masyarakat London College University menyimpulkan bahawa obesiti meningkatkan risiko terjadinya OA lutut 4 kali ganda banyaknya terhadap kaum lelaki dan 7 kali ganda terhadap kaum wanita.

Selain daripada itu, obesiti turut menjadi faktor utama peningkatan rasa sakit (atau ngeri atau berdenyut-denyut) pada pesakit OA lutut berbanding pesakit yang tidak obes.

Peningkatan rasa sakit dan ketidakupayaan fungsi lutut semakin bertambah seiring dengan peningkatan usia seseorang.

Secara umumnya penyakit Osteoarthritis merupakan penyakit sendi yang paling banyak dijumpai secara global.  Malah, didapati bahawa penyakit OA dideritai oleh 151 juta orang di seluruh dunia dan mencapai  24 juta orang di Asia Tenggara.

===========

*Insyaallah Gel Amani sgt sesuai dan berkesan utk masalah sakit sendi dan lutut yang akibat dr obesiti. *

Comments

Popular posts from this blog

MCM MANA NAK TAHU GEL LUTUT ADA LAGI ATAU TAK??

BERAPA KOS UNTUK SUNTIKAN GEL KE DALAM LUTUT

*KENAPA NOOR KATA GEL AMANI BAGUS ? *